Sambungan jalan-jalan
September 28, 2008

Before sambung balik cite jenjalan, nak ucap time kasih byk2 pada “tukang amik gamba ili” sepanjang perjalanan. Kalo xde kawan2 yg willing amik gamba saya, semestinya blog ni penuh ngan muka korang je. Huhu.
Perjalanan diteruskan ke blue mountain setelah menyentuh, mengusap, mencubit dan menghidu busuk haiwan2 di Featherdale Wildlife Park. Gambar di atas ketika saya baru bangun tido sepanjang perjalanan dari featherdale ke blue mountain. Maaf ekspresi kurang menyenangkan.

Apa yg menarik di Blue Mountain ni ialah dapat berjumpe dengan 3 beradik perempuan yg bertukar menjadi batu. Dapatkah anda melihat 3 beradik itu? Hmm.. Teringat pada kaklong ngan kakngah plak. Mase kecik2 kami 3 beradik perempuan penah bergamba dengan batu 3 sisters jugak tapi di US. Beratur ikut ketinggian dengan 3-3 memakai pakaian dan warna same. Cuma dibezakan dengan nama kami pada baju.

“bagila saya peluang masuk dalam gambar plak.. asyik korang je”..

dorang ni lg suka bergamba dari menikmati permandangan dak2 ni.. dari pose formal..

ke ala2 model..

ke ala2 terbang..

dan akhir skali pose baring-baringan (beg saya itu pun mahu pose bersama).. Lepas tu plak kami..

..berjemaah di taman..

dan mengambil udara taman..

Destinasi kami seterusnya ialah Scenic World. Ni kami tgh bincang2 nak pilih pathway mana. Ada 4 jenis pathway tuk dipilih kalo nak menikmati permandangan kat Scenic world ni. Tapi kami pilih 3 je rides. Cableway, walkway dan railway. 3 rides for $15.

Ni dalam cablecar. Bile masuk x perasan pun dah masuk cable car ni. sbb sangat besar and bole muat berpuluh2 org. Tgk muka sape dah start cuak..

Ni pun muka buat2 berani tapi gayat gak.

mau x gayat. tgkla ketinggian ni paras mana.dah la cable car ni turun dgn kecerunan lebih kurang 60 darjah. Then smpai je kat bwh, kami berjalan lbh kurang 10-15mins. tp rasanya lebih dr 15min kot sbb dak2 ni kalo x amik gamba x sah.

pathway terakhir kami ialah railway. name pun railway. anggap mcm keretapi jela. paling2 pun cam keretapi bukit bendera. hehe. bile duduk dlm tu, rasa lain macam je angle kerusi ni. confirm laluan curam ni.

railway ni naik (jalan ngundur) hampir 90degrees. dahsat kan? sempat sy snap tp mase ni blum lagi pada kecuraman 90 tu. bile sampai je 90, peluk kemre kuat2 la. tp rasenye lg menakutkan dgr jeritan org yg dok blakang sy. hehe. satu penyelasan sbb x pilih ride ni tuk turun. sure lg bes kan?


xphm sy dengan aksi mereka berbaring-baringan begini. ish2 (sambil geleng kepala). hehe

Plan nak berbuka puasa kat kedai thai. ingatkan halal. sat gi ade plak benda konfirm haram dalam menu. terpaksa la mkn kat kedai pizza pide ni. fatin. nak watpe kat afiq tu. ish2 (geleng kepala lagi).

Ni ialah Masjid Gallipoli kat auburn. Masjid terbesar di Australia, kata mereka.

Dorang bertarawikh mase ni. Sebabkan kami musaffir, solat jamak maghrib ngan isyak je.

Yey. Morey kat Mcdonald. McDonald halal ni ade kat bankstown. Sbb kenyang kebab, blasah aiskrim dah la.

mana2 pergi mesti ade grup photo punye.

Sebab dak2 ni xreti ape tu letih bile bab berjalan, kami pn singgah ke opera house b4 balik.

beraksi. berposing. melepak.


dan semestinya melompat. lompatan mereka terbaik.. yey. at last pulang gak kitorang ke hall. puas gile berjalan. tp belum puas tido. pagi2 dah kene bangun tuk photoshoot raya. dan2 plak 2 kene jadi fotografer. time kasih kawan2 sbb bekerjasama tuk jayakan fotoshut ni. eh macam artis plak ade photoshut raya b4 raya. hehe.

suke2 je arahkan dorang ke sana sini. hehe

hasilnya.. fotoshut ni sebenarnya tuk website MSDA. jom kenal sorang2.
Berdiri baris belakang dari kiri: Muhamad Hanafi Rahmat, Wong Chan Kit, Syed Muzani Syed Ahmad Safri, Mohd Firdaus Yhaya, Mohammad Azri Zuraimi, Muhammad Zaki Yahaya, Nik Zulhazmi Nik Fuaad, Mohd Hafiz Shaukat Mohd Neguib, Muhamad Faizan Ishak, Ahmad Mursyid Ahmad Rudin, Abdul Rahman Alwi, Ahmad Afiq Kamaruddin.
Berdiri baris tengah dari kiri: Siti Lailatul Mohd Hassan, Norliza Abdul Hamid, Nurul Ainun Hamzah, Hii Ung Kee, Sharifah Shahnaz Syed Bakar, Muneera Esa, Siti Hajar Ya’acob, Nor Julia Mohamad Nordin, Aisyah Md Nor, Anis Diyana Rosli, Azaryna Noh, Siti Raihana Hamzah, Nurul Izza Idaham, Faizah Abdullah, Nur Farhana Hayazi, Norazwana Mohd Najib, Tasniim Abd Rahman.
Duduk dari kiri: Ili Shairah Abdul Halim, Raja Fahana Raja Khairuddin, Mitra Mohd Addi, Wan Mohd Nazdrol Wan Mohd Nasir, Puan Norhani Mohd Yunus, Shuhaida Yahud, Masitah Abu Kassim, Fatin Atiqah Abu Othman, Nur Hekmat Yahaya, Nur Jannah Arifin.
Baru je tadi ade announcement yang hari raya di australia jatuh pada hari rabu, 1 oct 2008. Oleh itu di sini saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri dan Maaf Zahir Batin kepada mama n ayah di Shah Alam, Kaklong, mirul and mirah yg kat Shah Alam gak, Kakngah and Abg Zuha (bile nak mai OZ?), pak dan mak saudara, sepupu2, sedara2 yg sume kat Selangor, Kawan2 di seluruh Malaysia, makanan2 malaysia (jemput mai OZ eh). Saya merindui semuanya. Muahs2. Issshhk..
Jalan2 sentuh haiwan OZ
September 24, 2008
Saya suke jalan2. Jalan2 mmg bes. Sabtu lepas, dak2 malaysia hall organize trip ke featherdale wildlife park.. dan yg join pun dak2 malaysia hall gak la. xkan dak vietnam hall plak. Satu hari suntuk kitorang berjalan atas sebab sewa tarago smpai esoknye. Dari Malaysia Hall ke Featherdale. Dari featherdale ke blue mountain(three sisters and Scenic World). Dari blue mountain ke auburn. Dari auburn ke punchbowl (mkn Mcd). Dari Puncbowl ke Opera house. Then baru la pulang ke pangkal jalan. Letih woo..
Ok mari ikuti cite bergamba saya bahagian pertama.. bayangkan anda smua gi wildlife park ni dgn saya.. jom2

Ni gadis2 tarago yg join trip ni. wah. ayu2 mereka ni. lingkungan umur 21-25thn. single ke? xpasti tp status mereka bergantung pada status di facebook. oh saya tiada dlm gamba.. xperlu cari saya di mana

ha.. itu pun saya. bergamba di tgh panas di musim bukan summer tp spring. cuaca malaysia sungguh.


masuk2 layan la spesis2 burung ni dulu

oh ini bukan flying fox yg kene naik mase btn. tapi flying fox hidup. siap sayap mcm plastik. batman giler.

kagum2 ngan ciptaan tuhan. lame merenung binatang ni sbb nak pastikan yg mana kepala dan yg mana ekor. kata kawan, cat dog amik idea haiwan ni tuk watak dia.

haha.. buah kurma(tamar) wallaby


dua spesis burung putih.. geram gile ngan ayam ni. nak curi wat teddy ayam tuk tdo.

itu saya dan anis dan tasniim. eh bukan tasmanian devil. hampa xdpt tgk real life si devil tu. sign board pun jadi. huhu

akhirnya jumpe juga encik kangaroo. pasti encik kangaroo tu sudah berlatih bagaimana mahu posing depan kemre. muke control macho. xthn..

mari2 dekat..

bes gile tmpt ni sbb haiwan2 die bebas gi sana sini. siap bole mkn.. eh saya puasa la.. bg mkn kat mereka2 yg xpuase ni.yek2.. die jilat tgn saya.

seterusnya encik koala yg suke tido sambil posing. nasib baik sgt la comel.

tu die memberikan pose paling hensem dan macho. tp xsedar taik mata die bersepat sana sini.

ini pula makcik yg dah lame inginkan bergamba bersama artis kuat tdo tu


debusshh.. rase nak tumbuk koala2 ni.

pelikan vs burung kecik. burung kecik jeles smuorg kagum tgk pelikan.

lastly adegan mengejar emu. emu tu sukati je wat org terkejut ngan muncul tiba2 kat sebelah. ni nak kejutkan emu tu balik.. agak2 berjaya x?
nantikan sambungan jalan2 saya ke blue mountain plak.. da.. jom stadi jom
LIGA
September 7, 2008
LIGA. Ntah nape dis word keep appearing in my head. Ni semua sbb assignment yg x siap2. Bile riso dok terpk dis word.
Haishh…
Lame btul x update. Hari ni dah masuk week 7. Lebih kurang 2 bulan lg dah nak abis 1st semester. Yg sedihnye otak stil rase kosong. Dalam diri x cukup drive and semangat nak work d best. Semua buat ala kadar. 1st quiz dpt 60%. Dulu mase kat UiTM kalo dpt mcm ni sure dah sedih gile. Marahkan diri sendiri yg xberusaha lebih. Tp bile dpt 60% bole plak rase berpuas hati. Ish. Perasaan yg salah. Xtau nak btulkan. Tau blaja kat sini mmg susah. Kalo xde usaha mmg susah nak berjaya. Ili Shairah mesti bersemangat OK?
Hari ni dah 7 Ramadhan. Puase OK. OK je kalo hari kelas kene buka dlm kelas. Tapi yg xOK kalo teringat org kat Malaysia dpt mkn macam2. Laksa. I rindu u. Huhu. Ckp pasal ibadah, rindu gak nak terawih kat Masjid Negeri. Tp kat sini pun asyik skip terawih je. Camne hati x tenang Ili Shairah.
Haish..
Esok mama and ayah nak pos brg2 for raya. Nothing much. Tp at least ade. Limited gak bende yg bole pos. Tadi Skyping ngan Amirul and Amirah. Rambut dah panjang. Comel je. Sian dorang demam. Rindunye kat dorang.
Haish.. mengeluh lagi..
Last week gamba salam perantauan yg hantar kat Utusan kuar online. X kuar paper kot. Maybe kitorang x cukup cun kot tuk terpilih dlm suratkhabar.
L-R : Anis Diyana, Siti Lailatul, Norazwana, Sapentah, Faizah, Azaryna
Lagi satu gamba ni gamba budak2 Malaysia Hall. Dorang anta for Salam perantauan gak. Tp xtau keluar ke x lg.
Itu muka saya yg baru lepas berlari sebab setting timing kat kemre. Jauh gak kene lari. Ni pun x semua gamba budak2 Hall. Kitorang ade dlm 50 org sumenye. Kalo semua ade sure xmuat or roboh jetty 2. Hehe. This picture was taken at Centennial Park. Byk gile adik beradik itik. Mase capture gamba ni, dorang menyorok. Kata mereka, “i’m not Malasysian wearing baju melayu dat want to be publish in Malaysian newspaper”. Hehe. Dah2. Merepek. Tapi byk x cerita lagi kat sini. Bout MFest2008. Gamba2 i join dikir barat leh tgk kat facebook.
Ni dah pukul 3.09am. xnak tdo until sahur. Sebab alang2 sahur kul 3.45am. Suppose nak stadi. Tapi sket je stadinye.
Haish.. cukupla mengeluh. Selamat berpuasa. Baibai.



