7 trips in a month
January 28, 2009
Wah. Dah lame xde entri cerita hal diri. Makin malas nak update. Tapi hari ni entah dari mana mood menulis tu datang. Mungkin dari perasaan yang bercampur baur skarang ni.
Dah nak dekat 2 bulan dah ’summer break’ di Malaysia. Macam2 dah jadi. Dari bulan 12 yg byk lepak kat rumah ke bulan 1 yg penuh ngan trip berjalan bersama kawan2 and family.
28 Disember 2008 – 29 Disember 2008 – Ulu Bendul, Negeri Sembilan

pondok..
Ayah ade tanah yg di buat kebun kat sana. Siap ade pondok tuk stay overnite kat sana. Tempat tu hanyalah di kelilingi hutan semata2. Aktiviti yang i wat kat sana, TENGOK imran memancing, tolong mama menyangkul, masak macam main masak2, tido atas tilam nipis atas pangkin, buat BBQ, mendengar cengkerik hutan sebelum tdo. Sebab i xpenah ade kampung, itu la suasane kampung yg best.

fishing with..

..imran
30 Disember 2008 – 1 Januari 2009 – Pulau Pinang
Atas dasar kerja, cik atiqah telah mengajak untuk menemaninya ke Pulau Pinang. Pulau yg i dah lame rindukan untuk pegi. Teringin nak lepak2 ngan orang kat penang tu as we used to do before. But he has so much plan sampai dapat jumpe over breakfast je. Huhu. Oleh itu i menjadi seperti budak praktikal ke TM, melihat cik atiqah buat keje ( tapi main ineternet je lebih ). Pada petang dan malam nye kami hangout ngan cik esah. Tido kat umah die. Aktiviti lain, menonton filem Australia kali ke-2 (1st time tgk Australia kat Australia), celebrate ‘Happy New Year 2009′ kat beranda apartment cik esah. Menikmati fireworks dari 3-4 tempat berbeza dgn cik atiqah (cik esah dah lame pengsan. hehehe) 1st time celebrate New Year luar KL. Maybe next year dapat celebrate kat Oz. Hope x balik lagi mase tu. Trip yg simple tapi menarik. Tenkiu Cik Atiqah for the trip and cik esah for the accomodation.

pose kat TM Seberang Jaya

kat area Queensbay
8 Januari 2009 – 9 Januari 2009 – Bukit Tinggi, Pahang
Kali ni trip bersama Anis Diyana. Cik anis mmg lame teringin tuk panjat bukit yg tinggi tu. Baru kali ni berkesempatan. Tido satu malam di sana. Masuk rabbit park, botanic garden, japanese tea house. Bergamba sana sini. Sedih, remote baru beli hilang kat sana.
11 Januari 2009 – 14 Januari 2009 – Bandung, Indonesia
Trip ke bandung ni dah di plan 4 bulan lepas. Peserta asal trip ni adalah cik ct aishah, cik ani, cik esah and i. Tapi pada hari pertama i jejak kan kaki di Malaysia setelah 5 bulan kat Oz, baru ku tahu yg cik atiqah adalah peserta terakhir dlm “Our first trip to obersi yg lame kami impikan dari zaman blaja dolu”. Sape kantoikan surprise yg cik atiqah and cik ct komplot nak buat ni? Sape? Ya.. pandai. Bulat orangnye. Bedebush satu pukulan dari cik atiqah kepada bulat kerana mengkantoikan surprise mereka. Sebulan i cube simpan even bagi hint slowly kat uolls. Sebabkan i bukan la org yg pandai berlakon, i kantoikan kat cik esah gak. Supaya ade geng berlakon same nanti. Hehehe. Even surprise x jadi, cik ct tetap dgn gelak besar (ingat surprise jadi). Ya. Sgt besar sampai i ngan cik esah memberi reaksi “Am ikut? O, ok”, sambil angguk2 kepala. Sori ye cik ct and cik atiqah.
2 hours flight from LCCT to bandung. Airport Bandung = Stesen Komuter Petaling. Maksudnye sgt kecik. Mmg konfius dan kelakar tgk airport tu. X sangka ade airport sekecik tu. Maybe ade yg lagi kecik, tp x pernah jumpe lagi. 4 hari 3 malam di sana, kitorang stay kat Aston Bandung, Hotel and Residence kat Jl. Braga, a 4 star hotel. Cik ct esah telah mendapatkan bilik ni mase kat Matta Fair. Sgt bes and cantik giler. Sampai2 we olls macam orang gile pegi bilik ke bilik sambil menjerit “Wah, cantiknye” berkali2.

menunggu makanan kat restoran pejabat pos
Di manakah we olls shopping?
- FO kat Jl. Riau, satu namenye heritage & yang lain namenye apentah (konfirm lupe.hehehe)
- FO kat Jl. Setiabudi, best ni sbb i paling byk abis duit kat rumah Mode
- FO kat Cihampelas (didn’t buy anything since x bes pun brg2 kat situ)
- Beli Jeans kat Toko Tiga. Jeans Levis, Lois bole dpt rm70++
- Pusing2 kedai handbag, kasut and wallet, tapi xde satu yg berkenan di hati
- Pasar Baru, 7 lantai utk cari segala jenis brg, dari telekung, kain batik, kain ela, pakaian muslimah, tudung, pakaian dalam, pakaian renang, mmg byk gile choice tp yg sedihnye, susah nak wat pilihan, agak susah tuk bargain harga termurah, tapi ape yg we olls paling puas hati, baju superhero we olls. Woohoo!!
- Tempat last kami shopping, FO kat Jl. Dago. Mase to we olls sume dah slow. Duit makin kering.
Aktiviti setiap kali we olls abis shopping, mesti la ade Fashion show!!

best group photo at Tangkuban Perahu
Destination isi perut we olls plak:
- Restoran Bakso Lapangan Terbang Senayan. I makan nasi goreng BLT ngan Es Kelapa Jeruk. Sbb sedap 2 kali we olls makan kat situ.
- Kedai makan kat Pejabat Pos
- Restorang Kampung Daun, Lembang
- Breakfast 3 kali kat hotel and skali dinner kat hotel
- Food Court Pasar Baru, kene pastas buat pilihan, sebut dorang rebut customer
- Kopi Ireng kat Bukit Dago. Dapat tgk permandangan seluruh bandung dari atas sana. Cantik.

FO hopping at Jl. Riau
For sightseeing we olls cume pilih Tangkuban Perahu je. Itu pun dah penat gile kene berjalan turun bukit for 3 hours. Kenangan pahit semasa di Tangkuban Perahu x perlu di ceritakan. Ape yang bes kat sini, hasil gamba we olls disebabkan scenery hutan and kawah gunung berapi sgt cantik. Rase gak cam x puas bergamba kat situ .Sebab letih berjalan kot. Kaki menggeletar2. We olls ni keje kat ofis. Mana nak dapat jalan2 macam ni. Tu stamina kurang. Hehehe..
Rasenye byk gile bende happen sepanjang we olls kat Bandung. Tapi malas nak cite details. Sangat puas hati ngan trip ni. Sebagai penutup trip ni, jom layan lagu ST12-Jangan Pernah Berubah yang kami pilih sebagai lagu tema percutian kami. Kawan2, thanx for the trip. Seperti yang di janjikan, next trip is gold coast,Oz kan. Daku menunggu kalian sume di sana.

Kaver album ST12
15 Januari 2009 – 16 Januari 2009 – Bidor, Perak
Balik je dari Bandung, terus ke Kampung Dato’ Kamarudin, Bidor. Tido satu malam di rumah cik lela. Cik Anis teringin tuk melihat rumah cik lela. Banyak perubahan kat rumah lela, rumah dah di cat cantik, alia dah masuk skola menengah and lagi tinggi dah dari i, abg lela dah kawin, mak lela dok tanye i sapekah gerangan lelaki yg menambat hati lela (mesti mau percepatkan anaknye kawin ni). Sbb kan motip cik anis nak tgk rumah, maka kami xde pun plan berjalan. Mmg dok umah je. Balik shah alam, tumpang cik atiqah yg baru balik outstesen kat Penang.
20 Januari 2009 – 22 Januari 2009 – Skudai, Johor Bahru

berjimba2 di danga bay
Partner trip i yang ke JB kali ni, tak lain x bukan, cik lela. Motip we olls ke JB?? Nak berjumpe dan melepaskan rindu kami pada durani yang tgh sarat, aida ngan baby adam dan cik etong yang makin *** badan nye (teka sendri naik ke turun. hehehe). Tmpt tinggal we olls di sediakan oleh cik etong. Sian die, we olls yg datang, cik etong yang kene tdo bawah. Aktiviti kami, hangout makan2, gi lepak Danga Bay, Jusco Tebrau, rumah mak mertua durani, Jusco Bukit Indah, rumah sewa aida. Xde tmpt yang menarik tapi yang sgt bes dapat hangout ngan uolls like we used to mase kat Penang and zaman blaja dulu. Thanx uolls for the layanan sepanjang we olls kat sana. Sori kaco mase stadi uolls. Doakan kite dapat semangat blajar bersama2 and score the best tuk exam kite.

bincang mau berjimba ke mana seterusnye
25 Januari 2009 – 27 Januari 2009 – Cherating, Pahang
Seperti yang dijanjikan oleh bob, paktam and cik atiqah sebelum i balik ke Malaysia dulu, we olls mahu mengadakan percutian ke pantai2. Maka, Cherating menjadi pilihan ke 3 kami selepas menolak permohonan utk ke Pulau Pangkor & Pulau Langkawi. Peserta trip kali ni, i, Bob, Paktam, Bulat & cik atiqah (wah. glamer u cik atiqah. majoriti trip2 i ni u ade kan? hehehe). Plan asal nak cari 3 peserta laki dan 3 peserta wanita. Tapi peserta laki dah makin kurang menjadi single, maka jadila ade 2 orang lelaki yang kami anggap ade 3. hehehe.
Sebelum trip ke cherating, we olls ke kenduri aqiqah adam, baby aida & kenduri kawin boyot kat Klang. Kaptain atiqah menjemput i dgn bas sekolah naza ria sebelum menjemput murid2 lain di Klang.
Awal2 sampai di cherating, hati dah panas bile hotel yang i book di *** telah di lepaskan ke orang lain. Kalo booking x berbayar, mungkin boleh terima kalo bilik tu di lepaskan. Maka dgn kepakaran cik bulat kite utk bargain ganti rugi yang telah we olls kene ni, deposit kami di pulangkan dgn tambahan rm189 utk harga 1 bilik mereka. Tuh la, ingat bole main2 ke ngan we olls. Sib baik la ade lagi hotel yg still ade vacancy. Dapatla duduk kat Impiana Cherating. Hotel ni mmg cantik. Worth it bayar rm250 per nite. Ni harga peak season. 2 yg mahal melampau. Tapi vacancy yg ade cume 1 malam. Yang kami booking kat *** tuk 2 malam. Then kitorang gi cari la resort2 lain & dapat Cherating Bayview Resort (CBV) dgn harga rm120 per nite. Condition CBV ngan Impiana mmg bagai langit dan bumi. Xpela. Asal ade tempat nak tido. Jadila.

aksi membelasah bob di kerteh *photo credit to bulat as the photographer*
Aktiviti we olls kat Cherating:
- Makan besar, mkn kerang bakar, ikan masak stim, ikan masak 3 rasa, ikan masak kicap, sotong goreng tepung, kailan ikan masin.
- Pergi pasar kat kemaman, beli bahan2 tuk buat BBQ mlm tu.
- Buat video klip (Bob.. x saba nak tunggu video klip ni)
- Makan sata and otak2 kat kemaman. Sedap gile sata dorang.
- Melompat2 keriangan kat Kerteh sambil di hujani api2
- Mandi laut kat pantai cherating. Sambung mandi swimming pool lepas tu. Masa we olls mandi laut tu, xtau pun ade kejadian 3 org mati lemas kat situ. Siap bersuka ria sume. Mmg ombak kuat gile. Tak penah mandi dgn ombak macam tu. Dah la mase tu kejadia gerhana matahari. Syukur kitorang xde pape. Pada paktam, i kene mintak ganti rugi sbb u dah cederakan telinga i masa game baling pasir tu. Lepas dah penat layan ombak, we olls serang pool plak.we olls la yang conquer swimming pool kat CBV tu mule2, siap bole race ngan cik atiqah sape swim paling laju. di sebabkan taktik2 kotornye utk menang, die telah menyebabkan kaki i cramp. Lupe plak nak mintak ganti rugi ni. Hehehe. Apapun i menang ok.. :P Teringat plak lawak “blub” & “aiyork” dlm pool tu. Niat we olls mmg jahat la kan. Sapa suh kaco keamanan we olls kat pool 2.
- Mlm tu we olls buat BBQ. even ade dapur gas portable, nikmat lagi buat BBQ. Ikan, udang, sotong, yang we olls tu mmg terbaiiikk. Sbb membeli macam org tamak, maka banyak la lebihan yang x termakan. Malam tu sgt tenang. We olls berbaring2an sambil menikmati cahaya2 bintang. Mendengar lagu di henpon. Bercerita kisah2 dulu. I pasti akan rindukan saat ni. Ishhk. X sempat nak emosional ngan kata2 they olls yg mengharukan i, dah gelak2 balik ngan lawak2 dorang.
- The next morning, we olls layan sun rise yg x berapa nak sun rise sebelum sambung tdo balik sampai cek out. Pagi tu plak, kejadian i tergolek kat tepi pantai. Bulat yg buat. Kene mintak ganti rugi ni gak.
- Lunch kat chukai sebelah “bas stand bas” (bak kata bob) and beli kepok sebelum gerak balik.

;)
Ni adalah trip i gi cuti2 Malaysia yg terakhir. Ikut hati nak lagi, tapi mak i dah sound, dah kene start prepare nak lik Oz and stadi. Skang tinggal plan PGL the musical je. Kawan2, thanx for this cherating trip. X saba nak tunggu video siap. Pelbagai emosi ade dlm trip ni. Sebagai konklusi nye, bahagia ade kawan cam uolls. Jgn buat trip macam ni eh bile i kat Oz nanti. Tunggu i balik baru buat lagi tau.

the moment that should never change..
Beratnye hati nak balik Oz.. Hurmmmm..
Tenkiu. Saye mmg comel.
January 18, 2009

3. Setiap blogger mesti menyatakan 10 fakta/hobi diri sendiri sebelum memilih penerima award seterusnya.
i suke photography
i xleh idup tanpa internet
favret subjek mase skola, math, pendidikan seni dan lukisan kejuruteraan
i blum dpt atasi masalah ketakutan driving.. arghh
i suke tgk live performance
i mempunyai masalah ingatan..tu sbb x suke subjek sejarah
i xsuke tgk cite antu
i ngeri dan ngilu tgk manusia cedera berdarah2
i tgh tekanan perasaan skarang ni
i perlukan semangat yg kuat.. hmm
4. Anda perlu memilih 10 (2 dah la.. malas nk pk.. hehe) penerima award seterusnya dan menyatakan nama mereka di blog anda.
5. Jangan lupa untuk melawat blog mereka dan meninggalkan komen yang menyatakan ”anda telah di tag -sila layari blog saya untuk mendapatkan award anda”.


